AGENDA

MB: Lokasi dipenuhi sampah banjir sekitar Shah Alam dibersihkan

26 Dis 2021, 4:10 PM
MB: Lokasi dipenuhi sampah banjir sekitar Shah Alam dibersihkan
MB: Lokasi dipenuhi sampah banjir sekitar Shah Alam dibersihkan

SHAH ALAM, 27 DIS: Beberapa lokasi di bandar raya ini yang terjejas akibat banjir hingga dipenuhi sampah telah dibersihkan semalam.

Dato' Menteri Besar menerusi Twitter malam tadi berkongsi gambar keadaan sebelum dan selepas di Jalan Padang Jawa di mana ada salah satu lokasi mengambil masa kurang 20 minit untuk dibersihkan.

"Tinjauan sekitar beberapa lokasi di Shah Alam yang sebelum ini dipenuhi timbunan sampah dan sisa tinggalan banjir kini sudah selesai dibersihkan.

"Usaha ini akan diteruskan dan ditingkatkan lagi," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Kerajaan Negeri menyasarkan kerja pembersihan dan kutipan sampah pascabanjir dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu.

Amirudin berkata setakat ini proses berkaitan di seluruh negeri hanya 25 peratus dan diharap dapat ditingkatkan kepada 50 peratus pada hujung minggu ini.

[caption id="attachment_502091" align="aligncenter" width="530"] Keadaan di Jalan Padang Jawa, Shah Alam sebelum dan selepas dibersihkan. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.