AGENDA

Positif Covid-19, MB doakan Tuan Ibrahim dan keluarga segera sembuh

26 Dis 2021, 1:39 PM
Positif Covid-19, MB doakan Tuan Ibrahim dan keluarga segera sembuh

SHAH ALAM, 26 DIS: Dato’ Menteri Besar mendoakan supaya Menteri Alam Sekitar dan Air serta lima ahli keluarganya sembuh daripada Covid-19.

"Mendoakan agar Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan keluarga diberi kesembuhan segera dan kesihatan yang baik, InsyaAllah," kata Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook.

Terdahulu, Tuan Ibrahim memaklumkan beliau bersama lima ahli keluarga disahkan positif Covid-19.

“Mohon doa semua. Saya, empat orang anak dan seorang cucu telah disahkan positif Covid-19. Kami telah menjalani kuarantin beberapa hari lalu.

“Seorang cucu selamat dilahirkan semalam, bagaimanapun dia disahkan negatif tetapi ibunya masih ditahan di Hospital Sungai Buloh. Doakan,” katanya di Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.