AGENDA

MB: 15,146 mangsa banjir di pusat pemindahan, turun banding semalam

25 Dis 2021, 3:55 PM
MB: 15,146 mangsa banjir di pusat pemindahan, turun banding semalam

SHAH ALAM, 25 DIS: Seramai 15,146 mangsa banjir masih berada di 95 pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negeri setakat 8.21 malam ini.

Angka tersebut menurun berbanding 17,912 mangsa yang direkodkan pada 3 petang semalam.

"Kerajaan Negeri akan terus melipatgandakan usaha membantu mangsa membersihkan kawasan rumah mereka dan sisa banjir," kata Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Sejak kelmarin, beliau bersama wakil rakyat setempat meninjau dan membantu operasi pembersihan di sekitar Shah Alam, Hulu Langat dan Petaling.

Amirudin turut mengumumkan bantuan awal RM2 juta melalui peruntukan Selangor Bangkit untuk membangunkan semula Hulu Langat yang terjejas teruk.

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180 milimeter mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

Susulan itu, semua aset Kerajaan Negeri dan agensi persekutuan termasuk bomba, polis dan tentera dikerah bagi memindahkan mangsa ke tempat selamat selain mengagih barang keperluan asas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.