AGENDA

Jais minta laksana solat hajat, munajat mohon dijauhi wabak dan banjir

24 Dis 2021, 4:07 AM
Jais minta laksana solat hajat, munajat mohon dijauhi wabak dan banjir

SHAH ALAM, 24 DIS: Semua pentadbir masjid dan surau kebenaran solat Jumaat di Selangor dipohon melaksanakan solat hajat serta munajat selepas mendirikan solat tersebut hari ini.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memaklumkan pelaksanaan solat sunat itu supaya umat Islam dilindungi Allah daripada wabak Covid-19 yang belum berakhir dan musibah banjir.

"Usaha rohani ini untuk memohon pertolongan Allah agar negeri dan negara ini terus dijauhkan daripada ancaman wabak dan musibah selain dipohon agar semua mangsa banjir diberi ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi bencana," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, beberapa negeri termasuk Selangor diuji dengan musibah banjir yang mengakibatkan kemusnahan harta benda, kemudahan awam dan meninggalkan trauma kepada mangsa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.