ad
AGENDA

Unisel gerakkan 300 sukarelawan bantu bersih rumah mangsa banjir

21 Dis 2021, 9:36 AM
Unisel gerakkan 300 sukarelawan bantu bersih rumah mangsa banjir
Unisel gerakkan 300 sukarelawan bantu bersih rumah mangsa banjir
Unisel gerakkan 300 sukarelawan bantu bersih rumah mangsa banjir

SHAH ALAM, 21 DIS: Universiti Selangor (Unisel) hari ini menggerakkan seramai 300 orang sukarelawan bagi misi bantuan pasca banjir ke kawasan-kawasan yang terjejas.

Pengarah komunikasi korporat Hasril Abu Hassan berkata misi diketuai Presiden dan Naib Canselor Unisel, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman membantu membersih rumah mangsa banjir selain menyerahkan bantuan kewangan.

Katanya, misi bantuan tersebut menumpukan beberapa kawasan terjejas antaranya di Bestari Jaya, Sungai Kandis dan Padang Jawa.

“Buat masa ini Unisel kampus Bestari Jaya masih selamat dan tidak terjejas. Meskipun begitu, kesemua pelajar yang berada di dalam kampus telah diberikan pelbagai bantuan melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut menyalurkan bantuan Ahli Dewan Negeri Permatang Rozana Zainal Abidin, Penggerak Belia Selangor (PeBS), Angkatan Muda Keadilan (AMK) serta pasukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

[caption id="attachment_501201" align="aligncenter" width="500"] Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman (dua, kanan) menyampaikan sumbangan kewangan kepada mangsa banjir di Bestari Jaya pada 21 Disember 2021. Foto Facebook Unisel[/caption]

 

[caption id="attachment_501200" align="aligncenter" width="500"] Sukarelawan misi bantuan pasca banjir yang digerakkan oleh Universiti Selangor (Unisel) membantu membersihkan rumah penduduk di Bestari Jaya pada 21 Disember 2021. Foto Facebook Universiti Selangor[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.