ad
AGENDA

Bulan Sabit Merah agih sumbangan buat lebih 6,000 keluarga terjejas bah

20 Dis 2024, 7:54 AM
Bulan Sabit Merah agih sumbangan buat lebih 6,000 keluarga terjejas bah
Bulan Sabit Merah agih sumbangan buat lebih 6,000 keluarga terjejas bah
Bulan Sabit Merah agih sumbangan buat lebih 6,000 keluarga terjejas bah
Bulan Sabit Merah agih sumbangan buat lebih 6,000 keluarga terjejas bah

HULU TERENGGANU, 20 DIS: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) terus menunjukkan komitmennya terhadap bantuan kemanusiaan melalui inisiatif bantuan banjir yang sedang dijalankan, memberikan bantuan penting dan sokongan kepada komuniti yang terjejas banjir di Hulu Terengganu. Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Kebangsaan BSMM hadir untuk memantau dan menyokong usaha bantuan ini.

[caption id="attachment_678613" align="aligncenter" width="751"] YTM Tunku Puteri Intan Safinaz, Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Kebangsaan BSMM bersama Haji Badrol Hisham, Pengerusi BSMM Negeri Terengganu, menyampaikan bantuan kepada keluarga terjejas banjir di Kampung Bukit Tadok, Hulu Terengganu[/caption]

Program ini yang berlangsung di Balai Raya Kampung Bukit Tadok, Hulu Terengganu mencerminkan dedikasi BSMM dalam meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga terjejas. YTM Tunku Puteri Intan Safinaz menyampaikan penghargaan kepada sukarelawan, penyumbang dan rakan kerjasama atas usaha mereka yang tidak pernah mengenal penat lelah, serta menekankan kepentingan kerjasama dalam menghadapi krisis.

Dalam inisiatif ini, BSMM telah mengagihkan pek makanan sumbangan Nestlé Malaysia, kit kebersihan daripada Guardian Malaysia serta bantuan makanan tambahan yang disediakan oleh KFC Malaysia. Para sukarelawan BSMM turut menjalankan saringan kesihatan, aktiviti promosi kebersihan dan ziarah

rumah mangsa banjir yang uzur (bedridden), memberikan sokongan material dan moral.

[caption id="attachment_678612" align="aligncenter" width="811"] YTM Tunku Puteri Intan Safinaz, Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Kebangsaan BSMM, menyampaikan
bantuan pek makanan sumbangan KFC Malaysia[/caption]

Inisiatif bantuan banjir BSMM dijalankan dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pihak berkuasa tempatan.

Setakat ini, BSMM telah membantu lebih 30,000 individu daripada lebih 6,000 isi rumah yang terkesan akibat banjir Monsun Timur Laut (MTL) di seluruh Malaysia. Bantuan yang diberikan termasuk pengagihan makanan, kit kebersihan, hidangan masakan panas dan pembekalan air bersih di kawasan terjejas Selain itu, BSMM turut menyediakan Sokongan Kesihatan Mental dan Psikososial (MHPSS) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk membantu individu menghadapi cabaran fizikal dan emosi akibat banjir.

[caption id="attachment_678611" align="aligncenter" width="797"] YTM Tunku Puteri Intan Safinaz, Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Kebangsaan BSMM, menyampaikan
bantuan kit kesihatan sumbangan Guardian Malaysia.[/caption]

Kehadiran YTM Tunku Puteri Intan Safinaz dalam program ini menunjukkan sokongan dan komitmen

BSMM terhadap misi kemanusiaannya. Sokongan masyarakat tetap penting untuk memastikan operasi bantuan terus berjalan. Sumbangan daripada rakan korporat dan komuniti membolehkan BSMM memperluaskan capaian dan menyediakan bantuan berterusan kepada mereka yang memerlukan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.