AGENDA

MB tinjau 30 keluarga mangsa banjir di Klang

18 Dis 2021, 3:27 PM
MB tinjau 30 keluarga mangsa banjir di Klang
MB tinjau 30 keluarga mangsa banjir di Klang

SHAH ALAM, 18 DIS: Dato' Menteri Besar meluangkan masa meninjau lebih 30 keluarga mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa di sini, malam ini.

Dato' Seri Amirudin Shari turut bertanya khabar dan beramah mesra dengan sebahagian penduduk selain memastikan proses penyaluran bantuan berjalan lancar.

"Saya telah melawat PPS di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa. Bantuan makanan, keperluan asas, ubatan sedang diurus oleh sukarelawan dan agensi Kerajaan Negeri bagi mangsa yang terlibat," katanya di Facebook pada 18 Disember.

Setakat jam 5 petang, sebanyak 46 pusat pemindahan, lengkap keperluan asas antaranya pakaian, makanan dan pelitup muka, dibuka di Klang, Petaling, Sepang, Kuala Langat dan Kuala Selangor bagi menempatkan 3,582 penduduk.

[caption id="attachment_500438" align="aligncenter" width="717"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari meredah banjir untuk meninjau mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa pada 18 Disember 2021. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

Hujan lebat luar biasa sejak semalam, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

Semua aset Kerajaan Negeri dan agensi persekutuan termasuk bomba, polis dan tentera dikerah bagi memindahkan mangsa ke tempat selamat selain mengagih barang keperluan asas.

Usaha berkenaan diselaras Smart Selangor Operations Centre (SSOC) yang beroperasi 24 jam, berpusat di ibu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.