AGENDA

Banjir kilat: 17 pusat pemindahan sementara dibuka di Selangor

18 Dis 2021, 4:07 AM
Banjir kilat: 17 pusat pemindahan sementara dibuka di Selangor

SHAH ALAM, 18 DIS: Sebanyak 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di seluruh negeri ini susulan banjir kilat, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Facebook berkata Kerajaan Negeri akan terus memantau keadaan semasa dan membuka lebih banyak pusat pemindahan sekiranya perlu.

Tambah beliau, sukarelawan Team Selangor dan Selangor Volunteer (SERVE) sedang digerakkan bagi mengedarkan bantuan-bantuan kepada mangsa banjir.

Berikut PPS dibuka:

1. Masjid Al Islah / Masjid Al- Ubudiyah

2. SK Telok Gong

3. Sek Keb Johan Setia

4. Balai MPKK Sg Pinang

5. SMK Pulau Indah (mangsa Kg Org Asli Pulau Indah)

6. SRA Pulau Indah

7. Balai MPKK Perigi Nanas

8. Balai MPKK Bukit Naga

9. SK Sg Bijai

10. SRA Padang Jawa Klang

11. SK Jalan Kebun

12. Balairaya MPKK Kg Lombong

13. SRA Sg Serdang

14. Dewan Orang Ramai Tok Muda

15. SRA Pekan Kapar

16. SRA Kg Delek

17. Dewan MPKK KG Delek

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Juwairiya Zulkifli memaklumkan banjir kilat susulan hujan lebat di Klang sejak semalam yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk setakat ini.