AGENDA

Negeri tumpu tujuh baka hasilkan tanaman berkualiti

26 Okt 2021, 9:42 AM
Negeri tumpu tujuh baka hasilkan tanaman berkualiti

BANTING, 26 OKT: Sektor pembakaan dan pembenihan tujuh jenis tanaman antara tumpuan Kerajaan Selangor bagi mendapat hasil berkualiti tinggi, kata EXCO industri asas tani.

Tanaman meliputi tembikai, jagung manis, padi putih, padi wangi, timun, betik dan kubis yang diusahakan bersama syarikat penyelidikan benih tempatan pertama negara, jelas Ir Izham Hashim.

“Kita dapati benih menjadi menyumbang sebahagian daripada kejayaan dalam pertanian. Kita memiliki tanah premium jadi kita mahu dapat pulangan berbaloi," katanya.

Beliau ditemui selepas menyerahkan bantuan pertanian bernilai RM45,000 kepada sembilan kebun komuniti di Kuala Langat dan Sepang hari ini.

Pakej Kita Selangor 2.0 pada Jun memperuntuk lebih RM13 juta bagi pelaksanaan jaminan bekalan makanan (RM10 juta), Agro Prihatin (RM1.5 juta) dan peningkatan hasil (RM1.93 juta).

Inisiatif itu bagi merancakkan sektor pertanian agromakanan, kecekapan rantaian bekalan dan melahirkan 1,000 agropreneur dalam lima tahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.