AGENDA

Perubahan monsun, tumpuan angin punca hujan lebat

21 Okt 2021, 3:29 AM
Perubahan monsun, tumpuan angin punca hujan lebat

SHAH ALAM, 21 OKT: Penumpuan angin dari pelbagai arah di barat Semenanjung menyebabkan hujan lebat di beberapa negeri semalam, kata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua pengarahnya berkata insiden yang mengakibatkan banjir turut berpunca daripada fasa peralihan monsun yang sedang dialami negara, lapor Harian Metro.

"Rantau negara lazimnya menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang sesuai untuk ribut petir. Ini lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang," kata Muhammad Helmi Abdullah.

Susulan itu, beliau menasihatkan orang ramai lebih berwaspada dalam tempoh tersebut dan sentiasa peka dengan ramalan serta amaran cuaca dikeluarkan MetMalaysia.

Maklumat boleh didapati melalui laman web rasmi, aplikasi mobile myCuaca dan media sosial. Orang ramai juga boleh menghubungi talian 1 300 22 1638 bagi pertanyaan lanjut.

Semalam, hujan lebat di beberapa negeri antaranya Selangor dan Melaka menyebabkan banjir kilat hingga meragut nyawa seorang anggota bomba dalam operasi menyelamat.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.