AGENDA

Bekalan air di Gombak pulih 63 peratus, 15 kawasan dalam proses pembaikan

26 Sep 2021, 3:15 AM
Bekalan air di Gombak pulih 63 peratus, 15 kawasan dalam proses pembaikan
Bekalan air di Gombak pulih 63 peratus, 15 kawasan dalam proses pembaikan

SHAH ALAM, 26 SEPT: Pemulihan bekalan air di 41 kawasan terjejas di Gombak akibat kerja pembaikan paip pecah berhampiran Jejambat Ampang Point mencapai 63 peratus setakat jam 10 pagi ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata 15 kawasan masih belum pulih dan tempoh pemulihan berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

"Air Selangor berharap pengguna yang mendapat bekalan air agar menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan," katanya menerusi Facebook.

Semalam, sebanyak 41 kawasan di wilayah Gombak berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah berhampiran Jejambat Ampang Point.

Senarai lengkap kawasan terjejas dimuatkan di Facebook Air Selangor. Pengguna juga boleh merujuk

aplikasi Air Selangor, Instagram dan Twitter atau hubungi talian 15300.

15 kawasan yang belum pulih bekalan air:

1. Kampung Muhibah Ampang

2. Kampung Tasik Permai

3. Kampung Ampang Indah

4. Kampung Indah Permai

5. Kampung Ampang Campuran

6. Taman Bukit Indah

7. Taman TTDI Jaya Bukit Indah Ampang

8. Taman Halaman Kesuma

9. Taman Dagang Permai

10. Taman Bukit Ampang

11. Taman Fairuza Ampang

12. Taman Permai Jaya Ampang

13. Taman / Kampung Tasek Tambahan

14. Taman Sri Bayu Ampang

15. Taman Sri Baru Ampang