ad
AGENDA

Air Selangor hulur makanan asas, baiki sistem paip keluarga B40

13 Sep 2021, 6:11 AM
Air Selangor hulur makanan asas, baiki sistem paip keluarga B40

SHAH ALAM, 13 SEPT: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menghulurkan bantuan makanan asas dan menanggung kos baik pulih paip rumah kebajikan serta keluarga berpendapatan rendah (B40) di Lembah Klang.

Agensi berkata sumbangan "Box of Hope" dan khidmat pembaikan paip kepada 262 individu dan keluarga B40 itu bersempena ulang tahun keduanya beroperasi sebagai pemegang lesen tunggal pembekalan air di negeri ini, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

"Sempena ulang tahun yang kedua ini, Air Selangor terus berbakti kepada masyarakat dengan

memperkasakan aktiviti komuniti khususnya dalam meringankan beban golongan yang memerlukan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Dengan tema ‘Berkongsi Kegembiraan Bersama’, kami melaksanakan beberapa aktiviti bersama komuniti di

bawah program Sesama Mara, khususnya untuk golongan B40 yang amat memerlukan dalam tempoh pandemik Covid-19," katanya menerusi kenyataan.

Tambah agensi bantuan makanan asas melibatkan 222 individu dan keluarga di Kampung Ampang Indah, Taman Mulia Jaya, Persiaran Ampang Saujana serta Kampung Lembah Jaya Selatan.

Manakala inisiatif Perkhidmatan Pembaikan Paip untuk Golongan Kurang Berkemampuan melibatkan rumah kebajikan serta keluarga B40 sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

"Inisiatif ini merupakan antara usaha kami dalam memberikan kegembiraan kepada para pengguna, selain menerusi bekalan air bersih dan selamat yang dibekalkan kepada mereka," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.