AGENDA

Dewan Negeri bersidang penuh mulai 23 Ogos

19 Ogos 2021, 6:16 AM
Dewan Negeri bersidang penuh mulai 23 Ogos

SHAH ALAM, 19 OGOS: Persidangan penuh Dewan Negeri Selangor (DNS) akan berlangsung sembilan hari di Bangunan Annex di sini, mulai 23 Ogos hingga 6 September.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dijadual berangkat dan mencemar duli bagi merasmikan istiadat pembukaannya pada 23 Ogos.

Pada 9 Julai, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata persidangan itu mengikut format biasa meliputi soal jawab dan perbahasan, bukan sekadar sidang khas.

Beliau menegaskan sidang dewan dibuat dengan pematuhan ketat tatacara operasi piawai (SOP) bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Semua individu terlibat termasuk pengamal media disyaratkan lengkap dua dos vaksin, malah ujian calitan juga dijalankan pada setiap sebelum persidangan bermula.

Siaran langsung perbahasan wakil rakyat boleh diikuti menerusi https://selangortv.my/ dan https://www.facebook.com/MediaSelangor.

Laporan ucapan dan perbahasan pula boleh diikuti melalui portal selangorkini.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.