ad
AGENDA

Yakin saranan KKM, wanita mengandung teruja terima vaksin Covid-19

21 Jul 2021, 4:31 AM
Yakin saranan KKM, wanita mengandung teruja terima vaksin Covid-19
Yakin saranan KKM, wanita mengandung teruja terima vaksin Covid-19
Yakin saranan KKM, wanita mengandung teruja terima vaksin Covid-19

SHAH ALAM, 21 JULAI: Sarat mengandung bukan halangan bagi seorang wanita menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hotel Movenpick & Pusat Konvensyen KLIA semalam.

Malah, Hairul Shameen Ismail, 27, yang sedang hamil tujuh bulan teruja menerima suntikan pelalian kerana yakin saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah untuk kebaikan diri dan bayi dalam kandungan.

[caption id="attachment_480110" align="alignleft" width="419"] Hairul Shameen Ismail, 27[/caption]

"Alhamdulillah, selepas mendapat tahu KKM sahkan semua jenis vaksin sesuai disuntik untuk ibu hamil, tanpa berfikir panjang saya terus mendaftar di aplikasi MySejahtera.

"Selepas dapat mesej tarikh janji temu, saya terus maklumkan suami untuk dibawa ke sini. Ia juga untuk kebaikan saya dan bayi dalam kandungan," katanya ketika ditemui.

Manakala, Muhammad Hakimi Nazrul Hisyam, 18, berkata walaupun tarikh janji temu adalah pada Hari Raya Aidiladha ia tidak menghalangnya untuk hadir menerima suntikan demi mencapai imuniti kelompok.

"Saya menyarankan mana-mana individu yang takut untuk disuntik atau anti vaksin daftarlah segera supaya kita dapat segera memutuskan rantaian Covid-19," katanya yang menerima vaksin jenis Sinovac.

[caption id="attachment_480111" align="alignright" width="456"] Muhammad Hakimi Nazrul Hisyam,18[/caption]

Sementara itu, Nor Fairuz Syahida Sukono, 37, pula memuji proses daftar sehingga menerima suntikan vaksin mudah, pantas selain tempat yang amat selesa.

"Terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang banyak membantu memudahkan pengunjung meskipun mereka terpaksa bekerja di hari raya," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.