AGENDA

MB lawat PKPD Pangsapuri Sri Ayu, lihat proses beri vaksin

10 Jul 2021, 6:08 AM
MB lawat PKPD Pangsapuri Sri Ayu, lihat proses beri vaksin

BANGI, 10 JULAI: Dato' Menteri Besar hari ini meluangkan masa satu jam meninjau pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Pangsapuri Sri Ayu, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.

Dato' Seri Amirudin Shari diiringi Pegawai Daerah, Najmuddin Jemain turut melihat operasi suntikan vaksin kepada penduduk.

Pangsapuri Sri Ayu dikenakan PKPD 14 hari bermula 30 Jun hingga 13 Julai susulan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokasi terbabit dengan 205 kes positif dikesan dalam tempoh sebulan.

Langkah itu bagi memastikan penduduk berisiko dijangkiti wabak kekal berada dalam kawasan dan tidak menjangkiti komuniti luar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.