ad
AGENDA

Kartunis terkenal 'Aku Hidup Dalam Blues' meninggal dunia

28 Jun 2021, 4:01 AM
Kartunis terkenal 'Aku Hidup Dalam Blues' meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 28 JUN: Kartunis Shaari Sulong atau Aie yang terkenal dengan karya 'Áku Hidup Dalam Blues' meninggal dunia di kediamannya di Banting pada usia 49 tahun awal pagi ini.

Menurut rakan kartunisnya, Mazli Ibrahim atau Gayour, perkhabaran itu disampaikan oleh biras arwah, kartunis Manggis atau Rosli Ismail kepadanya kira-kira 4 pagi.

"Beliau memang mempunyai penyakit kencing manis dan buah pinggang serta menerima rawatan dialisis sejak lima tahun lepas, kali terakhir saya bertemu beliau ialah pada 2019, sejak COVID-19 saya hanya bertanya khabar beliau melalui WhatsApp dan panggilan telefon sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Aie pernah berkarya dalam majalah Jenakarama sebelum bersama majalah terkenal Ujang sejak 1994 hingga awal 2000.

Dalam Ujang, Aie terkenal dengan siri 'Abe' dan 'Aku Hidup Dalam Blues.' Beliau kemudian meneruskan projek kartun secara solo dan menghasilkan karya ‘Áku dan Sesuatu’ serta 'Blues Untuk Aku'.

Anak kelahiran Johor itu meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Manggis, Banting hari ini.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.