AGENDA

MB ajak penduduk sertai Saringan Komuniti di 12 DUN

5 Jun 2021, 12:20 AM
MB ajak penduduk sertai Saringan Komuniti di 12 DUN

SHAH ALAM, 5 JUN: Penduduk di Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam dijemput menyertai Saringan Komuniti secara percuma mulai esok hingga 10 Jun.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Twitter turut berkongsi lampiran poster senarai lokasi saringan itu di 12 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Berikut senarai lokasi dan tarikh:

5 Jun

Sungai Burong - Dewan Dato' Hormat, Tanjung Karang

Permatang - Dewan Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang

6 Jun

Bukit Melawati - Dewan MDKS Bandar Baru Kuala Selangor

Ijok - Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Badong

7 Jun

Jeram - Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Kuching Tengah

Batang Kali - Dewan Komuniti Bukit Sentosa

8 Jun

Hulu Bernam - Dewan Orang Ramai Hulu Bernam

Kuala Kubu Bharu - Dewan Merdeka

9 Jun

Sungai Panjang - Stadium Sungai Besar

Sabak - Dewan Tun Razak

10 Jun

Sungai Air Tawar - Dewan Bagan Nakhoda Omar

Sekinchan - Dewan Seri Sekinchan

Program bawah Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 memanfaatkan rakyat negeri ini yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.

Pendaftaran saringan percuma boleh dibuat menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah), klik butang sihat dan guna fungsi saringan atau layari http://screening.selangkah.my.