AGENDA

Covid-19 terus merebak, rekod tertinggi harian 9,020 kes

29 Mei 2021, 7:14 AM
Covid-19 terus merebak, rekod tertinggi harian 9,020 kes
Covid-19 terus merebak, rekod tertinggi harian 9,020 kes

SHAH ALAM, 29 MEI: Kes baharu Covid-19 terus melonjak hari ini dengan mencatat 9,020 kes berbanding 8,290 semalam.

Menerusi Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka tersebut menunjukkan Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu 2,836 kes.

Jangkitan kedua tertinggi dicatatkan di Kelantan iaitu 907 kes diikuti Negeri Sembilan (898), Kuala Lumpur (789) dan Sarawak (726).

Pecahan kes Covid-19 di negeri lain seperti berikut:

Kedah - 468

Johor - 468

Pulau Pinang - 345

Melaka - 340

Perak - 272

Sabah - 265

Labuan - 253

Pahang - 216

Terengganu - 189

WP Putrajaya - 29

Perlis - 19