AGENDA

MB: Hampir 30,000 sertai Saringan Komuniti Kerajaan Selangor

23 Mei 2021, 11:51 AM
MB: Hampir 30,000 sertai Saringan Komuniti Kerajaan Selangor
MB: Hampir 30,000 sertai Saringan Komuniti Kerajaan Selangor

SHAH ALAM, 23 MEI: Seramai 29,239 individu menyertai Saringan Komuniti Covid-19 anjuran Kerajaan Selangor sejak 8 Mei lalu.

Dato' Menteri Besar berkata daripada jumlah yang direkodkan hingga semalam itu, sebanyak 1,494 kes disyaki positif.

"Sertai ujian saringan ini dan pra-daftar di https://screening.selangkah.my/login atau gunakan SELangkah (aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat)," kata Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

[caption id="attachment_472524" align="alignright" width="500"] Peserta saringan menjalani Saringan Komuniti secara pandu lalu di Laman Sukan USJ 1, Subang Jaya pada 23 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Dalam tempoh berkenaan, sebanyak 18 saringan dilaksanakan melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekitar Hulu Langat, Gombak dan sebahagian Petaling.

Hari ini saringan dijalankan di Laman Sukan USJ 1 dan Dewan Komuniti MBPJ Kampung Lindungan, masing-masing melibatkan DUN Subang Jaya dan Seri Setia.

Saringan bermula 9 pagi hingga 4 petang itu akan diteruskan esok untuk DUN Taman Medan dan Bukit Gasing.

Kerajaan Selangor menjalankan pengawasan Covid-19 secara aktif melalui saringan percuma di seluruh 56 DUN menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) sehingga 10 Jun ini.

Program bawah Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 menyasarkan individu berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.