AGENDA

Rela beratur panjang, ribuan warga Kinrara sertai saringan percuma

22 Mei 2021, 8:35 AM
Rela beratur panjang, ribuan warga Kinrara sertai saringan percuma

PUCHONG, 22 MEI: Lebih 3,000 penduduk sekitar Kinrara menghadiri Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Masyarakat Bandar Kinrara 2, hari ini.

Tinjauan mendapati mereka rela beratur sejauh dua kilometer sejak jam 7.30 pagi meskipun ujian percuma anjuran Kerajaan Negeri bermula jam 9 pagi.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata jumlah kehadiran menunjukkan sikap bertanggungjawab masyarakat untuk bersama-sama mengekang penularan wabak.

"Mereka yang hadir terdiri pelbagai golongan ada warga tua, muda dan remaja malah seisi keluarga membawa anak-anak kecil.

"Ini menunjukkan kesedaran masyarakat semakin meningkat selepas kebanyakan kes positif melibatkan pesakit tidak gejala," katanya yang juga wakil rakyat Kinrara ketika ditemui.

Kerajaan Selangor menjalankan program pengawasan Covid-19 secara aktif di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 8 Mei hingga 10 Jun.

Program bawah Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 memanfaatkan rakyat negeri ini yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.

Saringan menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) iaitu membolehkan jangkitan Covid-19 dikesan dalam tempoh kurang 30 minit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.