AGENDA

Kerajaan Negeri sumbang motosikal elektrik kepada PGA

10 Mei 2021, 3:00 PM
Kerajaan Negeri sumbang motosikal elektrik kepada PGA
Kerajaan Negeri sumbang motosikal elektrik kepada PGA

SHAH ALAM, 10 MEI: Kerajaan Negeri menyumbangkan motosikal elektrik kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) di Markas Taktikal Pos Sungai Belangkan hari ini.

Dato' Menteri Besar berkata seramai 170 anggota terlibat dengan Ops Benteng Covid-19 yang bertujuan mengawal dan mengawasi sempadan negara di seluruh Selangor.

[caption id="attachment_471168" align="alignnone" width="742"] Motosikal elektrik yang disumbangkan Kerajaan Selangor kepada Pasukan Gerakan Am Markas Taktikal Pos Sg Belangkan pada 10 Mei 2021. Foto Twitter Amirudin Shari[/caption]

"Saya terharu dan berbangga melihat komitmen dan semangat anggota ini yang teguh melaksanakan tugas," kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Pada masa sama, Amirudin turut menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada mereka bagi meraikan Syawal yang bakal tiba.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.