AGENDA

Saringan percuma Covid-19 di Dusun Tua, Teratai hari ini

10 Mei 2021, 12:22 AM
Saringan percuma Covid-19 di Dusun Tua, Teratai hari ini
Saringan percuma Covid-19 di Dusun Tua, Teratai hari ini
Saringan percuma Covid-19 di Dusun Tua, Teratai hari ini

SHAH ALAM, 10 MEI: Penduduk sekitar Dusun Tua dan Teratai diseru menyertai program Saringan Komuniti percuma hari ini bagi mengesan jangkitan Covid-19.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) berkata saringan diadakan di Dewan Orang Ramai Titiwangsa Hulu Langat dan Dewan Komuniti Taman Muda bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

"Pendaftaran boleh dibuat menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah), klik butang sihat dan guna fungsi saringan atau layari http://screening.selangkah.my," kongsinya menerusi Facebook.

Kerajaan Selangor menjalankan program pengawasan Covid-19 secara aktif melalui saringan percuma di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula 8 Mei hingga 10 Jun.

Saringan dimulakan di DUN Kajang dan Semenyih semalam sebelum diteruskan di Sungai Ramal dan Balakong semalam.

Program di bawah fasa mitigasi wabak pandemik Covid-19 memanfaatkan rakyat negeri ini yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.

Sebanyak 1,278 kes harian Covid-19 direkodkan di Selangor, majoriti berpunca daripada saringan kontak rapat.

Petaling kekal menyumbang angka jangkitan tertinggi dengan 342 kes diikuti Hulu Langat yang mencatat 272 kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.