AGENDA

Penduduk Kajang, Semenyih digalak hadir saringan Covid-19 esok

7 Mei 2021, 3:30 PM
Penduduk Kajang, Semenyih digalak hadir saringan Covid-19 esok

SHAH ALAM, 7 MEI: Dato' Menteri Besar mempelawa penduduk sekitar Kajang dan Semenyih menyertai program saringan percuma Covid-19 esok.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata saringan diadakan di Dewan Cempaka Saujana Impian dan Dewan Orang Ramai Bandar Rinching dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

"Warga Kajang dan Semenyih yang menetap di kawasan berhampiran dijemput untuk menjalani ujian saringan Covid-19 ini.

"Pendaftaran boleh dibuat menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah), klik butang sihat dan guna fungsi saringan atau layari http://screening.selangkah.my," kongsinya di Facebook.

Kerajaan Selangor menjalankan program pengawasan Covid-19 secara aktif melalui saringan percuma di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri bermula esok hingga 10 Jun.

Program di bawah fasa mitigasi wabak pandemik Covid-19 memanfaatkan rakyat negeri ini yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.