ad
AGENDA

Kes baharu Covid-19 kekal atas angka 3,000, Selangor rekod 1,137

6 Mei 2021, 9:39 AM
Kes baharu Covid-19 kekal atas angka 3,000, Selangor rekod 1,137
Kes baharu Covid-19 kekal atas angka 3,000, Selangor rekod 1,137

SHAH ALAM, 6 MEI: Kes positif baharu Covid-19 kekal di atas angka 3,000 apabila sebanyak 3,551 kes direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 427,927 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitternya berkata daripada jumlah itu Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 1,137 kes diikuti Kuala Lumpur (477) manakala Sarawak (391)

Ia kemudian diikuti Kelantan merekodkan 326 kes, Pulau Pinang (305); Johor (258) ; Perak (137); Kedah (112); Pahang (97) Negeri Sembilan (85); Melaka (82) ; Sabah (69); serta Terengganu (58).

Pada masa sama Putrajaya merekodkan sebanyak 12 kes diikuti Perlis (3) sementara Labuan (2).

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.