AGENDA

Selangor urus pusat vaksin di IDCC bagi suntikan AstraZeneca

2 Mei 2021, 9:30 AM
Selangor urus pusat vaksin di IDCC bagi suntikan AstraZeneca
Selangor urus pusat vaksin di IDCC bagi suntikan AstraZeneca

KAJANG, 2 MEI: Pusat vaksin Covid-19 dibuka di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam bagi mempercepatkan urusan suntikan imunisasi berkenaan.

Dato’ Menteri Besar berkata kendalian kali pertama Kerajaan Selangor itu melibatkan suntikan khas vaksin AstraZeneca untuk individu yang mahu mengambilnya secara sukarela.

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin ada hubungi Kerajaan Negeri dan kita setuju untuk buka.

[caption id="attachment_470163" align="alignright" width="500"] Dato' Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Selangorku Residensi Adelia, Kajang pada 2 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Ini akan membantu proses vaksin dan kita juga dapati beberapa kumpulan tertentu setuju mengambil suntikan ini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui di Majlis Penyerahan Kunci Rumah Selangorku Residensi Adelia di sini hari ini.

Jelas Amirudin, kelengkapan pusat vaksin itu sedang dilakukan dan dijangka beroperasi tidak lama lagi bawah kelolaan Pejabat Daerah Petaling.

“Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang juga akan ditukar bagi menempatkan pesakit Unit Rawatan Rapi.

“Kerajaan Negeri akan cuba menyediakan kemudahan diperlukan. Namun yang paling penting kita harus cepatkan program vaksinasi,” katanya.