ad
AGENDA

MB sampaikan bantuan rumah baharu kepada 13 keluarga asnaf

23 Apr 2021, 11:45 AM
MB sampaikan bantuan rumah baharu kepada 13 keluarga asnaf

KUALA SELANGOR, 23 APRIL: Seramai 13 keluarga asnaf fakir dan miskin di Kampung Baru Pasir Penambang di sini menerima rumah baharu sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang disampaikan Dato' Menteri Besar.

Setiap keluarga menerima rumah tiga bilik berkeluasan 800 kaki persegi bernilai antara RM86,000 hingga RM90,000 seunit serta lengkap dengan kemudahan elektrik dan air.

"Semua rumah baharu ini dibina atas tanah milik Kerajaan Negeri yang menjadi contoh kerjasama dengan pelbagai agensi demi kebaikan rakyat Selangor.

"Kita berharap lebih banyak pihak tampil bekerjasama dengan kita untuk memenuhi pelbagai keperluan golongan tidak bernasib baik di negeri," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kunci Bantuan Bina Rumah hari ini.

Sejak 2010 sehingga kini, LZS mengagihkan zakat berjumlah RM99.9 juta untuk membina sebanyak 2,283 unit rumah asnaf fakir, miskin dan mualaf.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.