AGENDA

MB: Bantuan RM220,000 kepada 44 masjid di Hulu Langat

22 Apr 2021, 1:52 PM
MB: Bantuan RM220,000 kepada 44 masjid di Hulu Langat

KAJANG, 22 APRIL: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM220,000 kepada 44 masjid di Hulu Langat menerusi program Jelajah Kita Selangor Ramadan.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata setiap masjid menerima bantuan RM5,000 untuk melaksana aktiviti menyemarakkan Ramadan.

"Kita faham disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masjid tidak dapat beroperasi sebagaimana lazimnya dan semestinya mereka memerlukan banyak dana untuk aktiviti sepanjang bulan puasa.

"Sebahagian masjid di daerah ini agak bergantung dengan sumbangan daripada jemaah khususnya ketika solat Jumaat, namun bilangan jemaah yang terhad menyebabkan kutipan berkurang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan cek cura kepada nazir dan wakil jawatankuasa masjid di Masjid Jamek Kajang di sini hari ini.

Sebelum itu, Amirudin menunaikan solat Asar bersama jemaah mengikut tatacara operasi piawai (SOP).

Beliau turut memaklumkan bantuan yang dibiayai Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) akan diteruskan dalam program sama membabitkan daerah Kuala Selangor.

"Diharap dana diberikan sedikit sebanyak membantu masjid untuk beraktiviti dan beroperasi sehingga Aidilfitri jika PKP berlanjutan," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.