AGENDA

MB galak daftar sukarelawan Rakan Digital bimbing peniaga

19 Apr 2021, 7:06 AM
MB galak daftar sukarelawan Rakan Digital bimbing peniaga

SHAH ALAM, 19 APRIL: Orang ramai digalak mendaftar sebagai sukarelawan bagi membimbing peniaga kecil menjana pendapatan menerusi kaedah pemasaran di media sosial.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif Rakan Digital Selangor (Rakan Digital) membantu mencipta kesedaran berhubung agenda pendigitalan negeri.

"Rakan Digital menyelesaikan masalah kesedaran mengenai digital yang kurang terutama dalam kalangan warga emas, dengan melatih para sukarelawan untuk turun lapangan dan membimbing mereka.

"Daftar sebagai sukarelawan di www.rakandigitalselangor.com.my dan anda bakal memainkan peranan penting dalam kemajuan negeri tercinta ini," tulisnya di Facebook.

Pada 12 April, Amirudin berkata berkata seramai 1,000 ahli terdiri daripada golongan muda dan pelajar yang memiliki pengetahuan teknologi serta perniagaan menyertai inisatif berkenaan.

Beliau menjelaskan kumpulan terbabit dilatih dan diberi kursus sebelum bergerak turun padang sebagai pelatih atau fasilitator mendekati peniaga kecil.

Rakan Digital Selangor dibentuk berdasarkan pengalaman tahun lalu selepas Kerajaan Negeri giat memperkasa perniagaan secara maya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.