AGENDA

Bekas atlet harap swasta hulur bantuan, zahir terima kasih Selangor

11 Apr 2021, 1:15 AM
Bekas atlet harap swasta hulur bantuan, zahir terima kasih Selangor
Bekas atlet harap swasta hulur bantuan, zahir terima kasih Selangor
Bekas atlet harap swasta hulur bantuan, zahir terima kasih Selangor

KUALA LUMPUR, 11 APRIL: Bekas jaguh bina badan negara mahu lebih banyak pihak swasta tampil menghulurkan bantuan kepada atlet dan bekas atlet di negara ini.

[caption id="attachment_467662" align="alignleft" width="435"] EXCO Generasi Muda, Sukan Dan Modal Insan, Khairuddin Othman menyampaikan sumbangan ketika majlis Penyerahan Makanan Tambahan Kepada Atlet dan Bekas Atlet Selangor pada 10 April 2021 di Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Kuala Lumpur. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Datuk Abdul Malek Mohamed Noor atau lebih dikenali Malek Noor berkata hasrat itu perlu selepas mengambil kira kemunculan atlet pelapis yang semakin bertambah.

"Kita banyak bergantung kepada bantuan kerajaan tetapi semakin hari semakin ramai atlet baharu.

"Oleh itu, kita di Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) mengalu-alukan para dermawan tampil hulur bantuan," katanya.

Bekas juara Asia sebanyak enam kali dalam kategori ‘heavyweight’ itu antara 500 penerima sumbangan makanan tambahan kepada atlet dan bekas atlet oleh Kerajaan Selangor di Foyer Yakeb, Bukit Kiara di sini semalam.

[caption id="attachment_467709" align="alignright" width="276"] Atlet para pingpong, Mohamed Firdaus Sabudin, 39[/caption]

Selain itu, atlet para ping pong, Mohamed Firdaus Sabudin berpendapat sebagai ahli sukan perancangan itu penting dalam menghadapi situasi luar jangka pada masa akan datang.

"Menjadi atlet bagi saya pendidikan amat penting kerana kita perlu ada persediaan memandangkan kita tidak tahu bila cedera atau sampai bila kita diperlukan," katanya.

Selain itu, atlet menembak, Nur Atikah Adelina Md Azral, turut menzahirkan terima kasih kepada Kerajaan Selangor dan berharap sumbangan seumpama itu diteruskan.

"Makanan tambahan ini amat membantu dan cukup untuk kami sekurang-kurangnya sehingga sepanjang Ramadan," katanya yang telah menceburi sukan menembak seawal usia 12 tahun dan berazam sertai Sukan Sea pada masa akan datang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.