AGENDA

MB pelawa warga Kampung Pandan buat saringan percuma Ahad ini

25 Mac 2021, 4:45 AM
MB pelawa warga Kampung Pandan buat saringan percuma Ahad ini
MB pelawa warga Kampung Pandan buat saringan percuma Ahad ini

SHAH ALAM, 25 MAC: Dato' Menteri Besar menjemput penduduk sekitar Kampung Pandan, Ampang menyertai program Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma pada 28 Mac ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program berlangsung di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Jalan H, Kampung Pandan mulai jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Penduduk sekitar Pandan Indah, Pandan Mewah, Bandar Baru Ampang, Kampung Pandan dan Taman Kosas digalakkan menjalani saringan ini.

“Pendaftaran boleh dibuat melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan guna fungsi saringan atau layari http://screening.selangkah.my,” tulisnya di Twitter hari ini.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti secara percuma di seluruh Selangor untuk membendung wabak.

Program menyasarkan penglibatan 50,000 penduduk meliputi kawasan berkepadatan tinggi dan golongan berpendapatan rendah bagi meringankan beban mereka.

Antara lokasi penganjuran ialah Dewan Seksyen 19, Seksyen 7 dan Seksyen 25, Shah Alam, Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya, Klang, Dewan Komuniti PJS 6, Petaling Jaya dan Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam.

[caption id="attachment_465594" align="aligncenter" width="500"] Poster dari Twitter Amirudin Shari[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.