AGENDA

Selangor teliti beri pinjaman mudah niaga pada Ramadan

22 Mac 2021, 1:55 AM
Selangor teliti beri pinjaman mudah niaga pada Ramadan
Selangor teliti beri pinjaman mudah niaga pada Ramadan

KUALA LANGAT, 22 MAC: Kerajaan Negeri sedia meneliti penyediaan pinjaman mudah kepada peniaga di Selangor untuk berniaga pada Ramadan ini.

Dato' Menteri Besar berkata perkara itu akan dibincang dengan Hijrah Selangor (Hijrah) dalam masa terdekat.

"Saya rasa kita perlu siapkan juga pinjaman mudah dan seumpamanya untuk peniaga di negeri ini berniaga pada bulan Ramadan nanti berdasarkan permintaan tinggi ketika berbuka puasa dan sahur," katanya.

[caption id="attachment_465199" align="alignright" width="500"] Dato' Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas Lawatan dan Serahan Sumbangan Kepada Rumah Anak Yatim dan Penyampaian Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) di Dewan Majlis Perwakilan Ketua Kampung (MPKK) Kampung Sungai Manggis, Kuala Langat pada 21 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan dan serahan sumbangan kepada rumah anak yatim dan penyampaian NaDI di Balai MPKK Kampung Sungai Manggis di sini semalam.

Menerusi Program Jelajah Kita Selangor sekitar Parlimen Kuala Langat itu, Amirudin turut menyumbangkan bantuan kewangan kepada anak yatim.

Jelajah yang bermula sejak pagi hingga petang itu bertujuan memberi peluang kepada pimpinan untuk mendengar luahan rakyat bagi meningkatkan perkhidmatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.