AGENDA

MB: Selangor jamin tidak abai komuniti Orang Asli

22 Mac 2021, 12:22 AM
MB: Selangor jamin tidak abai komuniti Orang Asli

KUALA LANGAT, 22 MAC: Kerajaan Selangor memberi jaminan tidak akan mengabaikan komuniti Orang Asli di negeri ini .

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiruddin berkata semua kaum akan mendapat layanan dan dibantu sebaik mungkin.

Katanya, Kerajaan Selangor mahu melihat komuniti Orang Asli di negeri ini dapat menikmati kehidupan dengan selesa.

“Sebab itu kita siapkan lokaliti dan kawasan yang khusus tanpa ada gangguan dan kacau-bilau oleh mana-mana pihak,” katanya pada Penyampaian Bakul Makanan Asas di Kampung Asli Sungai Bumbun semalam.

Beliau berkata komitmen Kerajaan Negeri tidak lain tidak bukan mahu memastikan kebudayaan dan kehidupan semua kaum berjalan dengan lancar.

“Orang Melayu, Cina, India, Orang Asli, Mah Meri, Temuan... kita harap dapat hidup dengan baik dan selesa serta saling memahami,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.