AGENDA

Saringan percuma Covid-19 di Shah Alam, USJ 7 hari ini

13 Mac 2021, 11:57 PM
Saringan percuma Covid-19 di Shah Alam, USJ 7 hari ini
Saringan percuma Covid-19 di Shah Alam, USJ 7 hari ini
Saringan percuma Covid-19 di Shah Alam, USJ 7 hari ini

SHAH ALAM, 14 MAC: Program saringan bersasar percuma anjuran Kerajaan Negeri diteruskan lagi hari ini di dua lokasi sekitar Shah Alam dan Subang Jaya.

Bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang, program berlangsung di Dewan Seroja MBSA Seksyen 27, Shah Alam dan Dewan Serbaguna MPSJ, USJ 7.

Penduduk sekitar Seksyen 27, Subang Perdana Goodyear Court dan USJ 1 hingga 17 digalakkan hadir membuat ujian bagi mengesan jangkitan.

Pendaftaran boleh dimuat melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan guna fungsi saringan atau layari screening.selangkah.my.

Pada 20 Februari, Dato' Menteri Besar berkata program berkenaan akan diteruskan di kawasan berisiko yang jumlah kes positif berpotensi melonjak antaranya rumah penjagaan warga emas.

Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan lokasi saringan ditentukan berdasarkan data dan perbincangan antara Kerajaan Negeri dan pusat kesihatan daerah.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di seluruh negeri untuk membendung wabak.

Program menyasar penglibatan 50,000 penduduk negeri ini meliputi kawasan berkepadatan tinggi dan golongan berpendapatan rendah bagi meringankan beban mereka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.