AGENDA

Saringan percuma sekitar Bandar Bukit Puchong Sabtu ini

11 Mac 2021, 6:04 AM
Saringan percuma sekitar Bandar Bukit Puchong Sabtu ini
Saringan percuma sekitar Bandar Bukit Puchong Sabtu ini

SHAH ALAM, 11 MAC: Penduduk Bandar Bukit Puchong dan kawasan sekitar digalak menyertai program saringan bersasar percuma pada 13 Mac.

Dato' Menteri Besar berkata ujian bagi mengekang penularan Covid-19 berlangsung di Dewan Serbaguna MPSJ mulai jam 9 pagi hingga 4 petang.

"Penduduk Taman Mutiara Indah dan Taman Saujana Puchong turut digalakkan hadir pada hari berkenaan," maklum Dato' Seri Amirudin Shari melalui poster di Facebook.

Orang ramai boleh mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan guna fungsi saringan atau layari screening.selangkah.my.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di seluruh negeri untuk membendung wabak.

Program yang menyasar penglibatan 50,000 penduduk negeri ini meliputi kawasan berkepadatan

tinggi dan golongan berpendapatan rendah bagi meringankan beban mereka.

Seramai 4,352 individu terlibat dalam program saringan setakat Februari yang turut membabitkan 894 warga emas dari 32 pusat jagaan.

[caption id="attachment_463901" align="aligncenter" width="500"] Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.