AGENDA

Warga emas 32 pusat jagaan jalani Saringan Komuniti setakat Februari

5 Mac 2021, 8:33 AM
Warga emas 32 pusat jagaan jalani Saringan Komuniti setakat Februari
Warga emas 32 pusat jagaan jalani Saringan Komuniti setakat Februari

SHAH ALAM, 5 MAC: Seramai 894 warga emas daripada 32 pusat jagaan menjalani saringan Covid-19 secara bersasar anjuran Kerajaan Selangor setakat Februari.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata ujian secara percuma itu juga giat dilaksana di lapan lokasi membabitkan 3,458 individu sepanjang bulan lalu.

"Ujian ini akan terus dilaksanakan di serata Selangor. Tarikh dan lokasi yang berikutnya akan diumumkan menerusi media sosial saya dan Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) dari semasa ke semasa," tulisnya di Facebook.

Kerajaan Selangor memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di seluruh negeri untuk membendung wabak.

Inisiatif bermula tahun lalu dijangka memanfaatkan 50,000 penduduk negeri ini yang menumpukan golongan berisiko tinggi dan berpendapatan rendah serta mahasiswa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.