AGENDA

Warga Shah Alam, Kota Damansara digalak jalani saringan Ahad ini

5 Mac 2021, 5:43 AM
Warga Shah Alam, Kota Damansara digalak jalani saringan Ahad ini
Warga Shah Alam, Kota Damansara digalak jalani saringan Ahad ini

SHAH ALAM, 5 MAC: Penduduk sekitar Shah Alam dan Kota Damansara digalak menyertai saringan Covid-19 secara percuma pada 7 Mac ini.

Dato' Menteri Besar berkata program mulai jam 9 pagi hingga 4 petang berlangsung di Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam.

"Warga Kota Damansara yang menetap di kawasan berhampiran pula digalak menjalani ujian di Dewan Serbaguna Seksyen 2," tulis Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook.

Pada 6 Mac, Saringan Komuniti Covid-19 berlangsung serentak di Dewan Resak MBSA, Subang Perdana, Shah Alam dan Dewan Serbaguna MPSJ, Seri Kembangan.

Untuk mendaftar, orang ramai boleh memuat turun aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan menggunakan fungsi saringan atau layari screening.selangkah.my.

Seramai 4,352 individu terlibat dalam program Saringan Komuniti setakat Februari yang turut membabitkan 894 warga emas dari 32 pusat jagaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.