AGENDA

Kawal penularan wabak, lebih 4,000 sertai saringan percuma

3 Mac 2021, 1:02 AM
Kawal penularan wabak, lebih 4,000 sertai saringan percuma

SHAH ALAM, 3 MAC: Seramai 4,352 individu terlibat dalam program saringan bersasar setakat Februari bagi mengekang penularan Covid-19.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata ujian secara percuma turut membabitkan 894 warga emas dari 32 pusat jagaan.

"Kita teruskan langkah dan beri perhatian untuk mengenal pasti siapa dijangkiti, membuat saringan dan mengasingkan mereka selain program suntikan vaksin sudah mula dilaksanakan," katanya mengulas perkembangan Covid-19 di Selangor melalui Facebook.

Kerajaan Selangor memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti Covid-19 secara

percuma di seluruh negeri untuk membendung wabak.

Inisiatif bermula tahun lalu dijangka memanfaatkan 50,000 penduduk negeri ini yang menumpukan golongan berisiko tinggi dan berpendapatan rendah serta mahasiswa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.