SELANGOR

Anggota, pegawai polis Sabak Bernam jalani saringan Covid-19

25 Feb 2021, 7:32 AM
Anggota, pegawai polis Sabak Bernam jalani saringan Covid-19
Anggota, pegawai polis Sabak Bernam jalani saringan Covid-19

SABAK BERNAM, 25 FEB: Seramai 150 anggota dan pegawai polis daerah Sabak Bernam menyertai Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Stadium Sungai Besar, hari ini.

Ketua polisnya, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata saringan membabitkan anggota yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) dan melakukan pemeriksaan pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Semua anggota yang diminta untuk membuat saringan datang berperingkat mengikut jadual tugasan masing-masing.

“Ini kerana mereka terlibat dengan tugasan aktif dan bertemu orang awam. Saya juga membuat ujian calitan dan ini merupakan pengalaman kali pertama melakukan saringan Covid-19,” katanya kepada SelangorKini.

Mengulas mengenai pematuhan SOP di daerah ini Agus Salim berkata pihaknya berpuas hati dengan kerjasama diberikan penduduk sepanjang PKP 2.0 dengan rata-ratanya patuh SOP kerana bimbang dikenakan kompaun RM1,000.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.