SHAH ALAM, 21 FEB: Ujian Saringan Komuniti Covid-19 percuma diadakan Dewan Komuniti PJS 6, Petaling Jaya hari ini.
"Ujian Saringan percuma hari ini dari jam 9 pagi hingga 4 petang," tulis Dato' Menteri Besar di Twitter.
Orang ramai boleh mendaftar untuk saringan itu di http://screening.selangkah.my
Kerajaan Selangor melaksanakan saringan Covid-19 berskala besar di beberapa kawasan panas mulai 11 April tahun lepas bagi membendung perebakan selain turut memperkenal saringan secara pandu lalu.
Ujian Saringan Komuniti Covid-19 percuma diadakan Dewan Komuniti PJS 6, Petaling Jaya pada 21 Februari 2021. Foto: Twitter Dato' Menteri Besar
Orang ramai boleh mendaftar untuk saringan itu di http://screening.selangkah.my. Foto: Twitter: Dato' Menteri Besar








