AGENDA

Saringan Komuniti percuma diteruskan di Petaling Jaya esok

20 Feb 2021, 7:39 AM
Saringan Komuniti percuma diteruskan di Petaling Jaya esok
Saringan Komuniti percuma diteruskan di Petaling Jaya esok

SHAH ALAM, 20 FEB: Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma diteruskan esok di Dewan (MBPJ) Kampung Lindungan PJS 6, Petaling Jaya.

Dato' Menteri Besar memaklumkan ujian bersasar anjuran Kerajaan Negeri mulai jam 9 hingga 4 petang menyasarkan penduduk sekitar PJS 5 hingga 10.

"Daftar di http://screening.selangkah.my supaya proses saringan berjalan lancar," tulis Dato' Seri Amirudin Shari di Twitter hari ini.

Program sama dilaksana di Dewan Seksyen 19 di sini pada 17 Februari, Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya, Klang pada 18 Februari dan Seksyen 7, Shah Alam (20 Februari).

Sebelum ini, program berkenaan turut dilaksanakan di Seksyen 25, Shah Alam dengan hampir 2,000 individu disaring pada 7 dan 8 Januari.

Kerajaan Selangor melaksanakan saringan Covid-19 berskala besar di beberapa kawasan panas mulai 11 April 2020 bagi membendung penularan wabak. Turut dilaksana saringan secara pandu lalu.

Kaedah tersebut yang pertama di negara ini sebahagian usaha melandaikan keluk wabak dan mengesan lebih banyak kes terutama golongan berisiko tinggi.

[caption id="attachment_461681" align="aligncenter" width="500"] Grafik Twitter Amirudin Shari[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.