AGENDA

Tiga kluster baharu di Selangor, satu babit pusat jagaan orang tua

7 Feb 2021, 12:05 PM
Tiga kluster baharu di Selangor, satu babit pusat jagaan orang tua

SHAH ALAM, 7 FEB: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan tiga lagi kluster baharu di Selangor termasuk pusat jagaan orang tua di Hulu Langat.

Menurutnya, jangkitan kluster Ampang Campuran itu turut dikesan di Cheras, Kuala Lumpur dan setakat ini 14 kes disahkan positif selepas 25 individu disaring sejak 30 Januari lalu.

“Dua lagi kluster merupakan jangkitan tempat kerja iaitu kluster Tapak Bina Lembah Selatan di Sepang dan Jalan Bagan melibatkan jangkitan di Sabak Bernam dan Klang.

“Semua kluster baharu merekodkan 103 kes positif hari ini. Keseluruhannya sebanyak 258 kes positif selepas 664 disaring,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Hari ini Selangor mencatatkan 1,606 kes baharu, meningkat berbanding 1,481 kes yang dilaporkan semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.