AGENDA

Kes Covid-19 Selangor meningkat, kekal empat angka

7 Feb 2021, 11:32 AM
Kes Covid-19 Selangor meningkat, kekal empat angka
Kes Covid-19 Selangor meningkat, kekal empat angka

SHAH ALAM, 7 FEB: Jumlah positif Covid-19 di Selangor hari ini meningkat berbanding semalam selepas 1,606 kes dilaporkan, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jangkitan membabitkan 317 kes dari kluster sedia serta 103 dari kluster baharu iaitu Tapak Bina Lembah Selatan, Jalan Bagan dan Ampang Campuran.

“Saringan kontak rapat merekodkan 605 kes manakala 581 lagi dari lain-lain saringan. Pertambahan menjadikan kes keseluruhan sebanyak 78,384,” katanya menerusi Facebook hari ini.

KKM turut memaklumkan 3,731 kes baharu direkodkan dalam negara menjadikan jumlah keseluruhan wabak sebanyak 242,452 kes.

Semalam, Selangor mencatatkan 1,481 kes yang semuanya merupakan jangkitan tempatan.

[caption id="attachment_460132" align="aligncenter" width="601"] Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.