AGENDA

Covid-19: Lebih 4,000 pesakit sembuh, kes harian kekal empat angka

24 Jan 2021, 9:40 AM
Covid-19: Lebih 4,000 pesakit sembuh, kes harian kekal empat angka
Covid-19: Lebih 4,000 pesakit sembuh, kes harian kekal empat angka
Covid-19: Lebih 4,000 pesakit sembuh, kes harian kekal empat angka

SHAH ALAM, 24 JAN: Kes baharu Covid-19 kekal empat angka apabila 3,346 kes direkodkan hari ini iaitu turun berbanding 4,275 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 183,801 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 4,427 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih wabak itu 141,466.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 41,667 kes.

“Sebanyak 11 kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 678,” katanya pada kenyataan media harian perkembangan Covid-19.

Beliau berkata terdapat 265 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 102 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.