ad
SELANGOR

Gudang simpan acuan sarung tangan terbakar di Sepang

16 Jan 2021, 3:30 PM
Gudang simpan acuan sarung tangan terbakar di Sepang

PUTRAJAYA, 16 JAN: Sebuah gudang menyimpan acuan sarung tangan milik kilang WRP Asia Pacific Sdn Bhd di Kawasan Perusahaan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang terbakar malam ini.

Pusat Gerakan Operasi Selangor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada 7.12 malam dan tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, Sepang, Cyberjaya dan Serdang bersama-sama 53 anggota dikerah ke tempat kejadian.

“Kebakaran melibatkan gudang yang menyimpan acuan sarung tangan itu terbakar 50 peratus. Tiada mangsa yang terlibat," menurut kenyataan itu.

Api dapat dikawal sepenuhnya pada 8.45 malam.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.