AGENDA

MB seru rakyat amal kawalan kendiri cegah Covid-19

14 Jan 2021, 8:10 AM

SHAH ALAM, 14 JAN: Penduduk Selangor diseru mengamalkan langkah pencegahan dan kawalan kendiri bagi memutuskan segera rantaian Covid-19.

Saranan oleh Dato' Menteri Besar melalui Twitter susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasa di negeri ini mulai semalam.

"Semua warga Selangor diseru agar mengamalkan langkah pencegahan dan kawalan kendiri supaya rantaian Covid-19 ini dapat kita putuskan secepat mungkin," tulis Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau turut berkongsi paparan infografik tatacara operasi piawai (SOP) bagi memudahkan orang ramai memahami kebenaran serta larangan sewaktu PKP yang dilaksana sehingga 26 Januari.

Selangor dan lima lagi negeri termasuk Pulau Pinang, Johor, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) dikenakan perintah itu susulan peningkatan kes Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.