EXCO

Patuhi SOP, bantu kerajaan putus jangkitan Covid-19 - EXCO

13 Jan 2021, 9:59 AM
Patuhi SOP, bantu kerajaan putus jangkitan Covid-19 - EXCO

SHAH ALAM, 13 JAN: Masyarakat digesa memberi kerjasama kepada kerajaan dengan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) agar penularan Covid-19 dapat diputuskan.

Dato' Teng Chang Khim berkata tindakan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua adalah langkah tepat untuk tujuan berkenaan.

"Bagaimanapun, saya meminta orang ramai berganding bahu membantu kerajaan memutuskan jangkitan ini. Jangan menganggap kita kebal virus dan tidak terjangkit.

"Sayangkan nyawa sendiri dan orang tersayang dengan pematuhan SOP," kata EXCO Kerajaan Negeri itu kepada SelangorKini.

Beliau turut menjelaskan Kerajaan Negeri sedia bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dan berharap keadaan akan terkawal dalam tempoh terdekat.

Isnin lalu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP meliputi tiga peringkat untuk tempoh 14 hari bemula hari ini.

PKP dikuat kuasa di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

PKP Bersyarat pula di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan manakala PKP Pemulihan melibatkan Perlis dan Sarawak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.