EXCO

Aplikasi CEPat dilaksana berperingkat di seluruh PBT

12 Jan 2021, 7:40 AM
Aplikasi CEPat dilaksana berperingkat di seluruh PBT

SHAH ALAM, 12 JAN: Sistem 'Scan to Ride' menerusi aplikasi Citizen E-Payment Platform (CEPat) akan diperluas di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor.

EXCO pengangkutan awam berkata setakat ini PBT yang sudah mengguna pakai sistem itu adalah Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

"Kita akan laksanakan di semua PBT secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun dari sekarang," kata Ng Sze Han kepada SelangorKini.

Beliau berkata orang ramai khususnya pengguna perkhidmatan Bas Smart Selangor digalakkan memuat turun aplikasi CEPat melalui Playstore dan AppStore.

Ia berikutan mereka tidak boleh menaiki bas sekiranya tidak mengimbas kod QR bermula Januari tahun depan.

Sistem ‘Scan to Ride’ membolehkan pengguna membayar tambang melalui kad atau mengimbas kod berkaitan dan usaha itu selaras hasrat Kerajaan Negeri mewujudkan masyarakat Selangor tanpa tunai serta Negeri Pintar menjelang 2025.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.