ad
AGENDA

Polis nafi stadium tertutup Shah Alam tempat tampung pesakit Covid-19

25 Dis 2020, 11:57 PM
Polis nafi stadium tertutup Shah Alam tempat tampung pesakit Covid-19

KUALA LUMPUR, 26 DIS: Polis menafikan sekumpulan individu ditempatkan di sebuah stadium tertutup di Shah Alam ekoran berlaku kesesakan di Hospital Sungai Buloh yang tidak dapat menampung jumlah pesakit Covid-19 seperti tular di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed mengesahkan berita yang disebarkan melalui video klip itu adalah berita palsu.

"Masyarakat diminta bertenang dan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang bentuk berita palsu yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Arjunaidi juga menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang perkongsian atau menyebarkan sebarang berita yang diperoleh daripada sumber yang tidak sahih.

Tegasnya perbuatan tersebut boleh mencetuskan suasana panik, tidak harmoni dan menggugat ketenteraman awam sambil meminta orang ramai mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu tentang kesahihan sesuatu isu atau berita.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.