AGENDA

Covid-19: 1,041 kes baharu, 1,045 pesakit sembuh - KP kesihatan

21 Nov 2020, 10:30 AM

SHAH ALAM, 21 NOV: Kes Covid-19 hari ini merekodkan lonjakan kepada empat angka iaitu 1,041 kes berbanding 958 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 53,679.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 1,405 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh 40,493.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata negeri tertinggi merekodkan kes baharu Covid-19  adalah Selangor iaitu 402 kes, Sabah (346), Negeri Sembilan (121), Kuala Lumpur (68), Johor (33).

Beliau berkata tiga lagi kematian disebabkan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan korban adalah 332.

"Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 12,584 dengan seramai 108 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 45 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan  mengenai perkembangan Covid-19.

Beliau berkata sebanyak tiga lagi kluster baharu dikesan di Johor, Labuan dan Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.