AGENDA

Bekalan air 1,279 kawasan pulih sepenuhnya

13 Nov 2020, 4:20 AM
Bekalan air 1,279 kawasan pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 13 NOV: Bekalan air 1,279 kawasan di tujuh wilayah yang terlibat dengan gangguan tidak berjadual pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dalam kenyataan berterima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan.

"Pengguna disaran sentiasa mengunakan air secara berhemat dan mendapatkan maklumat rasmi melalui semua medium komunikasi Air Selangor," kata Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri.

Maklumat boleh didapati melalui aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram serta laman sesawang www.airselangor.com.

Pada 10 November, Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran bau seakan pelarut dikesan di Sungai Selangor.

Susulan itu, bekalan air terpaksa ditutup dan menjejaskan lebih 1.1 juta akaun pengguna.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.